Maggie Goreng Damai Senja


Bahan2:
1 keping mee telur kering Cintan (direbus) - stok jgn dibuang
sedikit udang/sotong/ayam/daging (mengikut kesukaan)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
sedikit sawi
sedikit tauge
1/2 biji tomato
sedikit brokoli/bunga kobis
1 sudu kecil cili giling
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tiram

Cara2:
1. Tumis bawang putih beserta cili giling, hingga masak
2. Masukan semua jenis sos, dan masukan tomato
3. Masukan udang, tumis seketika, kalau kering boleh tambah stok rebusan mee tadi
4. masukan brokoli serta bunga kobis serta sawi dan tauge
5. akhir sekali masukan mee dan biarkan gorengan sebati seketika, sebelum dihidangkan
6. Boleh tabur, bawang goreng serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus

p/s: jika suka boleh tambah tahu goreng, tapi sbb saya nak cepat... soo saya gunakan apa yg ada dlm peti ais sahaja, simple, mudah dan sedap...

0 comments:

Post a Comment