Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Mee Goreng Udang Damai Senja

Bahan2:
1 peket mee kuning
100g, Udang gred A (ikut nak besar or kecik)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
sedikit sawi
sedikit tauge
1/2 biji tomato
3 sudu kecil cili giling
2 sudu kecil sos tomato
2 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tiram
5 biji cili padi (ditumbuk sedikit)

Cara2:
1. Tumis bawang putih beserta cili giling, hingga masak
2. Masukan semua jenis sos, dan masukan tomato
3. Masukan udang, tumis seketika
4. masukan sawi dan tauge dan cili padi
5. akhir sekali masukan mee dan biarkan gorengan sebati seketika, sebelum dihidangkan
6. Boleh tabur, bawang goreng serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus

Maggie Goreng Damai Senja


Bahan2:
1 keping mee telur kering Cintan (direbus) - stok jgn dibuang
sedikit udang/sotong/ayam/daging (mengikut kesukaan)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
sedikit sawi
sedikit tauge
1/2 biji tomato
sedikit brokoli/bunga kobis
1 sudu kecil cili giling
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tiram

Cara2:
1. Tumis bawang putih beserta cili giling, hingga masak
2. Masukan semua jenis sos, dan masukan tomato
3. Masukan udang, tumis seketika, kalau kering boleh tambah stok rebusan mee tadi
4. masukan brokoli serta bunga kobis serta sawi dan tauge
5. akhir sekali masukan mee dan biarkan gorengan sebati seketika, sebelum dihidangkan
6. Boleh tabur, bawang goreng serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus

p/s: jika suka boleh tambah tahu goreng, tapi sbb saya nak cepat... soo saya gunakan apa yg ada dlm peti ais sahaja, simple, mudah dan sedap...

Asam Laksa Special




















Akhirnya, tercipta sudah blog masakan aku, yang aku idam2kan selama nie... Syukur Alhamdullilah :) Soo, sebagai resepi yang pertama, aku persembahkan Asam Laksa Special. Ok, asal usul asam laksa nie, aku cipta beberapa tahun dulu, aku sukaaaa sgt, makan asam laksa kat Jusco MidV, then, tetiba dapat idea nak mencuba sendiri, dan aku cuba2 mengunakan perencah asam pedas maggie, dulu labelnya perencah asam laksa kepala ikan, recently dah tukar... whatever, rasanya tetap sama... soo, tanpa membuahkan masa, jom kita lihat bahan2nya:

1 peket laksa basah (rebus sebenar dan toskan)

1 peket perencah asam pedas maggie
2 tin besar sardin (dibuang perut+tulang dan dihancurkan)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
2 sudu cili giling
1 sudu minyak
10 biji cili padi (boleh adjust ikut kesukaan)
4 keping asam keping
daun kesom
bunga kantan (dibelah 4)
Air

Ulam2:
Timun
Nenas
Telur
Bunga kantan
bawang hiris
Salad

Cara2 membuatnya:

1. Tumis bawang putih, bawang kecil hingga layu dan wangi
2. Masukkan cili giling, tumis sampai sedikit garing
3. Masukan sardin yang telah dihancurkan
4. Masukan bunga kantan+daun kesom+asam keping
5. Masukan air, biarkan mendidih dalam 30 minit
6. Kuah dah siap untuk dihidangkan bersama laksa+ulam2