Damai Senja Chocolate Moise Cake


Selar Sweet Sour Damai Senja


Kari Ikan Tenggiri Damai Senja


Nasi Goreng Sardin Damai Senja


Spegetthi Olio Seafood


Pasta Spiral Sup Ramadhan




Bihun Sup Terjah Damai Senja




Udang Goreng Crispy Damai Senja




Sambal Sotong Pedas Istimewa Damai Senja






Bahan2:







Sup Sayur Istimewa Damai Senja


Bahan2:

2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang kecil (dihiris halus)
setengah batang karot (dihiris nipis)
brokoli
bunga kobis
1 batang celeri
Cendawan tiram or cendawan Shiitake
setengah biji capsicum (jika ada)
1 biji cili merah
2 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
sedikit udang or ayam atau fishballs mengikut kesukaan
1 kiub ayam knorr
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Cara2:

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak
2. Masukkan bawang putih dan bawang kecil, tumis perlahan
3. Masukkan udang atau ayam, tumis lagi
4. masukan semua jenis sayuran dan tambah air dan juga masukan kiub ayam knorr, biarkan mendidih
4. Masukkan cili padi, cili merah dan fish ball (jika suka) dan cendawan
5. Perasakan masakan dengan garam dan lada hitam
6. Sup siap untuk di makan...

Ini makanan ruji saya, jika xdak selera makan, selalunya... saya akan upkan lagi dengan ikan selar goreng, or sambal sotong.... kecuq air liur dh sekarang... :p

Ikan Selar Masak Kicap Istimewa


Bahan2:


4 ekor ikan selar yang sederhana sizenya (dibersihkan dan di letak, garam+kunyit)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji cili merah
1 batang serai (dititik)
1 biji tomato
2 keping daun limau purut
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil kicap cair
sedikit serbuk lada hitam


Cara2:


1. Panaskan kuali, dan minyak untuk mengoreng ikan
2. Masukan ikan yang telah digaram+kunyitkan sehingga masak or garing
3. Guna minyak yang sama or minyak yg lain, dalam 2 sudu besar sahaja, tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk dan sebahagian dari bawang tadi, sehingga layu
4. Masukan serai dan daun limau purut, beserta cili merah dan tomato
5. Masukan kicap pekat, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam, klu nak tambah garam, rasa dulu, sbb kicap kan dh masin
6. Jika pekat sangat, tambah sedikit air, dan akhir sekali masukan ikan tadi
7. Biarkan ikan sebati dengan kuah, dan siap dihidangkan

Rassam Damai Senja




Mee Goreng Udang Damai Senja

Bahan2:
1 peket mee kuning
100g, Udang gred A (ikut nak besar or kecik)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
sedikit sawi
sedikit tauge
1/2 biji tomato
3 sudu kecil cili giling
2 sudu kecil sos tomato
2 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tiram
5 biji cili padi (ditumbuk sedikit)

Cara2:
1. Tumis bawang putih beserta cili giling, hingga masak
2. Masukan semua jenis sos, dan masukan tomato
3. Masukan udang, tumis seketika
4. masukan sawi dan tauge dan cili padi
5. akhir sekali masukan mee dan biarkan gorengan sebati seketika, sebelum dihidangkan
6. Boleh tabur, bawang goreng serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus

Cooling Grape Fruit Blended Superb

1 biji Grape Fruit
1 sudu gula
sedikit ais kiub

Semua bahan2 diblend kan dan ditapis sebelum dihidangkan, sejukkk, menyegarkan...

Nasi Goreng Tomyam Capsicum Istimewa Damai Senja


Bahan:

2 cawan nasi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
sedikit sotong/udang/ayam/daging
4 keping daun limau purut
1 kiub tomyam maggie
1 sudu kecil cili giling
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil sos tiram
1 biji telur
sedikit garam, lada sulah

Cara membuat:

1. tumiskan bawang putih+bawang besar
2. Masukan cili giling, tumis sampai cili masak, then masukan sotong, masukan telur dan kacau
3. Masukan sos tiram, kicap cair dan kiub tomyam
4. Masukan hirisan daun limau purut
5. Masukan nasi beserta capsicum, goreng hingga mesra
6. Siap tuk dihidangkan

Cooling Orange Blended Superb


1 biji limau sunkist
sedikit ais kiub
1 sudu kecil gula

kesemua bahan tadi diblendkan dan, ditapis sebelum dihidangkan di dalam gelas

Tahu Kukus Istimewa Damai Senja

Bahan2:

1 tahu lembut
sedikit udang (dipotong2)
setengah biji bawang besar didadu
2 biji bawang putih dicincang
sedikit cendawan
1 biji cili merah

1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
sedikit stok ayam (yg dlm botol tu)
serbuk lada hitam

Cara2:

1. Masukan tahu dalam bekas tuk dikukus
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga naik bau
3. Masukan udang dan masukan sos2 tadi, beserta cendawan, serbuk lada hitam, garam
4. Masukan air, biar hingga mendidih
5. Tuangkan tumisan atas tahu letak hirisan cili merah dan kukus dalm 20 minit



Sambal Udang+terung Istimewa Damai Senja


Bahan2:

500g Udang sederhana besar
1 biji terung panjang
* peram dgn cili kisar+kunyit+garam then goreng separuh masak

Bahan2 menumis:
1 biji bawang besar
3 ulang bawang putih
setengah inci halia
1 biji cili hijau
2 sudu besar cili giling
1 biji tomato
2 sudu santan kotak (klu santan biasa, dlm setengah cawan kot, jgn pekat sgt)

Cara2:
1. Gorengkan udang separuh masak
2. Gorengkan terung separuh masak
3. Tumiskan bawang besar+bawang putih+halia
4. Masukan cilik giling (tumis sampai naik minyak)
5. Masukan tomato+cili hijau
6. Tambah sedikit air biar mendidih, dan masukan santan, masak hingga pekat sedikit
7. Perasakan dengan garam
8. Akhirkan sekali masukan udang dan terung yang dah digoreng tadi, biarkan mendidih sekejap then dh siap.


Cooling Nescafe Blended Superb


Ais kiub

1 sudu besar nescafe (dibancuh dengan sedikit air panas)

1 cawan fresh milk

1 sudu gula

1 sudu susu pekat



Blendkan semua bahan2 tadi, dan sudah siap untuk dihidangkan... sangat2x sedapppp....

Macaroni Tomyam Seafood


Bahan2:

1 cawan macaroni (direbus dan ditoskan)
1 biji bawang holland (dihiris bulat)
1 biji tomato
1 batang saleri (dihiris serong)
1/2 capsicum merah
carot
cendawan tiram
sedikit beraneka jenis balls dari giant
udang
sotong
serai
daun limau purut
sedikit lengkuas
cili padi
1 kiub perencah tomyam knorr @ maggie
Sedikit jus lemon

Cara2:

1. Masukan air dalam periuk, masukan perench tomyam knorr, serai, lengkuas, daun limau purut, biarkan mendidih seketika
2. Masukan bawang, capsicum, saleri, carot, balls,
3. Masukan tomato, cendawan dan seafood, biar mendidih lagi
4. Masukan juz lemon dan cili padi
5. Masukan macaroni dalam mangkuk dan boleh sendukan kuah tomyam kedalam sebelum dihidangkan... :)

Cucur Udang Damai Senja


Bahan2:

2 cawang tepung gandum
kucai
taugeh
150g, udang gred B (dibersihkan dan dibuang kepala)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji cili merah (dipotong halus)
sedikit garam
1 sudu cili giling
air

Cara:
1. Masukan semua bahan2 tadi, kucai, taugeh, udang, bawang besar, cili merah ke dalam sebuah besen, then masukan tepung
2. Masukan air sedikit demi sedikit, sebab takut bancuhan terlalu lembik (nnt serat minyak) or terlalu kental (nnt cucuq keras)
3. Agak, tepung dah dicampur tidak terlalu lembik or keras, masukan cili giling dan garam, bancuh lagi
4. Bila dah siap, biarkan bancuhan dalam sejam-dua jam, sbelum boleh digoreng.

** Adunan saya tidak mengunakan air ais/air suam or telur, tetapi cucuq tetap lembut dan rangup diluar, selamat mencuba

Pasta Fettuccine Bolognese


Bahan2:

Pasta Futtuccine or apa2 pasta yg lain, rebus dan toskan

1 biji bawang holland (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 1/2 sudu cili giling
4 biji tomato (didadu)
1 tin (sedang) tomato puree
Daging cincang Ramli
1 biji capsicum hijau (didadu)
1 biji capsicum merah (didadu)
1 tin cendawan butang (hiris)
Spice spagetthi
Pasli kering
Minyak Zaitun

Cara2:

1. Tumiskan bawang +bawang putih hingga naik bau
2. Masukan cili giling, tumis lagi, then masukan daging
3. Masukan tomato dadu, tomato puree, capsicum, cendawan
4. Masak hingga semua empuk, dan masukan spicy n pasli
5. Hidangkan bersama pasta

Bilis Goreng Krup-Krap


Bahan2:

Segenggam Ikan Bilis yang telah dibuang perut dan tulang
1 biji bawang besar
2 tangkai cili kering (dipotong kasar)
sedikit cili padi (dipotong)

Cara:

1. Gorengkan bilis hingga separa masak, dan masukan bawang, cili kering serta cili padi
2. Goreng lagi hingga bilis betul2 masak dan ranggup (krut-krap)
3. Tapiskan minyak yang berlebihan dan boleh dihidangkan

hmm, kena gaya ini pun cukup dengan nasi panas2, pergghhhh... boleh makan berpinggan nasi... selamat mencuba

Fat Choy Goreng Sos Tiram


Bahan2:

Sepeket Fat Choy
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
sedikit udang
2 sudu sos tiram

Cara2:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang kecil
2. Masukan udang dan masukan fat choy yang telah dibersihkan
3. Masukan sedikit air dan sos tiram, masak hingga sayur empuk dan boleh dihidangkan


Sayur nie, boleh juga dimasak dengan cara yang berbeza... ada ketikanya klu rajin, saya akan rebus dulu fat choy berserta sedikit garam (bagi kaler ijau dia nampak cantik), lepas tu susun dalam pinggang, tumis bawang dan sos secara berasingan bila dah siap, curah jer atas sayur tu... pun bolehhh.... ikut tahap kerajinan masing2, ngehh...ngehh...

Terung Goreng Sambal


Bahan2:

2 biji terung panjang (dibelah serong)

Tumisan:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
5 tangkai cili kering
segengam ikan bilis
klu suka pedas boleh tambah cili padi (ikut kesukaan)
** semua bahan2 diatas hendaklah diblend hingga halus

Cara:

1. Goreng kan terung yang telah diperap dengan sedikit garam dan kunyit, bila dah kekuningan angkat dan toskan
2. Tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi, sehingga pecah minyak dan naik bau, masukan sedikit garam
3. Setelah tumisan masak boleh laa, dimasukan terung yang telah digoreng tadi dan biarkan seketika
4. Terung goreng, siap dihidangkan dan sedap dimakan tika panas2... :)

Tips: Mak saya selalu pesan, masukan garam ketika kita menumis, sbb katanya masakan kita akan lebih wangi :) selamat mencuba

Maggie Goreng Damai Senja


Bahan2:
1 keping mee telur kering Cintan (direbus) - stok jgn dibuang
sedikit udang/sotong/ayam/daging (mengikut kesukaan)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
sedikit sawi
sedikit tauge
1/2 biji tomato
sedikit brokoli/bunga kobis
1 sudu kecil cili giling
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tiram

Cara2:
1. Tumis bawang putih beserta cili giling, hingga masak
2. Masukan semua jenis sos, dan masukan tomato
3. Masukan udang, tumis seketika, kalau kering boleh tambah stok rebusan mee tadi
4. masukan brokoli serta bunga kobis serta sawi dan tauge
5. akhir sekali masukan mee dan biarkan gorengan sebati seketika, sebelum dihidangkan
6. Boleh tabur, bawang goreng serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus

p/s: jika suka boleh tambah tahu goreng, tapi sbb saya nak cepat... soo saya gunakan apa yg ada dlm peti ais sahaja, simple, mudah dan sedap...

Lobak Putih Berempah + Udang Masak Lemak


Bahan2:

1 biji lobak putih (disisip kulit luarnya dan dipotong mengikut kesukaan)
5-6 ekor udang Gred B (dibersihkan dan dibuang kepala)
1 senduk santan (sy guna santan kotak KARA)
1 biji bawang kecil (dihiris halus)
2 biji ulang bawang putih (ditumbuk)
1 batang serai (dititip)
2 tangkai, cili kering
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu serbuk ketumbar+jintan (sy guna yang homemade)

Cara2:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan biji sawi serta cili kering hingga naik bau
2. Masukan bawang kecil, bawang putih, serai dan tumis lagi hingga layu
3. Masukan udang yang telah dibersihkan tadi
4. Masukan lobak putih yang telah dipotong dan tuang sedikit air
5. Biarkan bahan2 tadi sebati dan lobak putih lembut
6. Masukan serbuk ketumbar+jintan dan akhir sekali boleh dimasukan santan
7. Masak secara perlahan sehingga semua bahan2 tadi sebati dan empuk
8. Siap tuk dihidangkan

Tip: Lobak putih mmg kelat2 sikit, tapi ianya mempunyai khasiat yg cukup banyak... seperti mencuci buah pinggang dan membersihkan kencing kotor, soo sapa2 yang mempunyai masalah seperti ini, boleh amalkan makan lobak putih, boleh juga divariasikan masakannya...

Selamat mencuba... :)

Asam Laksa Special




















Akhirnya, tercipta sudah blog masakan aku, yang aku idam2kan selama nie... Syukur Alhamdullilah :) Soo, sebagai resepi yang pertama, aku persembahkan Asam Laksa Special. Ok, asal usul asam laksa nie, aku cipta beberapa tahun dulu, aku sukaaaa sgt, makan asam laksa kat Jusco MidV, then, tetiba dapat idea nak mencuba sendiri, dan aku cuba2 mengunakan perencah asam pedas maggie, dulu labelnya perencah asam laksa kepala ikan, recently dah tukar... whatever, rasanya tetap sama... soo, tanpa membuahkan masa, jom kita lihat bahan2nya:

1 peket laksa basah (rebus sebenar dan toskan)

1 peket perencah asam pedas maggie
2 tin besar sardin (dibuang perut+tulang dan dihancurkan)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
2 sudu cili giling
1 sudu minyak
10 biji cili padi (boleh adjust ikut kesukaan)
4 keping asam keping
daun kesom
bunga kantan (dibelah 4)
Air

Ulam2:
Timun
Nenas
Telur
Bunga kantan
bawang hiris
Salad

Cara2 membuatnya:

1. Tumis bawang putih, bawang kecil hingga layu dan wangi
2. Masukkan cili giling, tumis sampai sedikit garing
3. Masukan sardin yang telah dihancurkan
4. Masukan bunga kantan+daun kesom+asam keping
5. Masukan air, biarkan mendidih dalam 30 minit
6. Kuah dah siap untuk dihidangkan bersama laksa+ulam2