Ikan Selar Masak Kicap Istimewa


Bahan2:


4 ekor ikan selar yang sederhana sizenya (dibersihkan dan di letak, garam+kunyit)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji cili merah
1 batang serai (dititik)
1 biji tomato
2 keping daun limau purut
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil kicap cair
sedikit serbuk lada hitam


Cara2:


1. Panaskan kuali, dan minyak untuk mengoreng ikan
2. Masukan ikan yang telah digaram+kunyitkan sehingga masak or garing
3. Guna minyak yang sama or minyak yg lain, dalam 2 sudu besar sahaja, tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk dan sebahagian dari bawang tadi, sehingga layu
4. Masukan serai dan daun limau purut, beserta cili merah dan tomato
5. Masukan kicap pekat, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam, klu nak tambah garam, rasa dulu, sbb kicap kan dh masin
6. Jika pekat sangat, tambah sedikit air, dan akhir sekali masukan ikan tadi
7. Biarkan ikan sebati dengan kuah, dan siap dihidangkan

0 comments:

Post a Comment